Monday, June 21, 2010

Thursday, June 3, 2010

SEJARAH

PLKKL atau Pusat Latihan Kawal komunikasi dan Lapor telah diwujudkan atas struktur penggabungan Sekolah Kawalan Trafik Udara dan Bomba (SEKTUB) dan Sekolah Pertahanan Udara (SEKTAHUD). Pada peringkat awalnya, SEKTUB telah ditubuhkan pada 10 Jun 1980 untuk melatih dan melahirkan sumber tenaga kerja dalam kepakaran Kawalan Trafik Udara dan kepakaran Bomba. Sementara Sekolah Pertahanan Udara (SEKTAHUD) pula yang ditubuhkan pada 1 Sep 1980 untuk melatih dan melahirkan sumber tenaga kerja di dalam kepakaran Kawalan Pertahanan Udara.

Pada awal 1990an, sejajar dengan perkembangan dan pemodenan TUDM untuk menjadi sebuah kuasa udara yang unggul dan disegani di rantau Asia ini, struktur dan saluran pemerintahan TUDM telah disusun semula untuk menjadikanya sebagai sebuah organisasi yang mantap agar pengurusan dan penggunaan sumber tenaga manusianya dapat dilaksanakan dengan efisyen serta mempunyai kemahiran serba boleh (‘multiskills’). Dengan itu, TUDM telah mengambil keputusan untuk menggabungkan kepakaran pengurusan ruang angkasa memandangkan kepakaran- kepakaran tersebut ada hubungkait antara satu dengan lain. Pada tahun 1994, SEKTUB dan SEKTAHUD telah digabungkan dan dikenali sebagai Pusat Latihan Kawal Komunikasi Dan Lapor atau singkatannya PLKKL dan telah ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan.

Ekoran dari perolehan sistem-sistem radar dan simulator Pertahanan Udara yang baru, penubuhan beberapa sekolah latihan lain turut dilaksanakan. Sekolah –sekolah tambahan adalah:

  • Sekolah Sistem. Sekolah ini menumpukan latihan terhadap peyelengaraan kesemua peralatan sistem radar termasuk komunikasi dan simulator pertahanan udara yang terdapat di dalam inventori TUDM.

  • Sekolah Komunikasi. Sejajar dengan pengambilalihan tugas –tugas komunikasi oleh TUDM dari Rejimen Semboyan Diraja, maka terdapat keperluan untuk melatih anggota TUDM di dalam kepakaran pengendalian sistem komunikasi TUDM.

Penubuhan PLKKL telah diluluskan 01 Mei 1998. Seiring dengan konsep penstrukturan organisasi TUDM pada tahun 2002, PLKKL telah diletak dibawah pentadbiran Markas Pendidikan dan Latihan Udara (MPLU).

Sejak pentauliahannya, PLKKL telah mengukir nama sebagai sebuah institusi pendidikan dan latihan yang unggul bukan sahaja di Malaysia bahkan di kalangan negara serantau. Prestasi PLKKL melahirkan pegawai dan anggota lain-lain pangkat TUDM yang berdisiplin, berkemahiran tinggi dan menepati kehendak MTU telah diiktiraf oleh agensi kerajaan, pihak swasta serta Tentera Udara negara sahabat.

Sebagai sebuah Pusat Latihan yang diiktiraf oleh agensi kerajaan dan swasta, PLKKL juga telah menerima penuntut-penuntut dari negara-negara sahabat seperti Filipina, Sri Lanka, Bangladesh, Pakistan, Kambodia, Bosnia Herzegovina, Albania,Thailand dan Brunei.

Kini PLKKL telah dikenali dengan rasminya sebagai Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa atau INSPRA.

OUTPUT INSPRA

Wednesday, June 2, 2010

Ads